CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, 9 June 2011

Tips Kuruskan Badan :)


Saya nak kurus, nak jugak!!! Oppss rasanya ramai dikalangan anda yang sememangnya kerap mendengar kata – kata pembakar semangat tersebut bukan? Tapi seberapa kerap anda lihat yang melakukan apa yang diperkatakan? Pada saya, nak kuruskan badan ini takde lah susah mana cuma sukar sedikit saja. heh! Macam mana yer? Anda perlu ada tekad a.k.a  (also known as ) kesungguhan dan juga strategi yang mantap. Tapi masuk saja tentang strategi, ramai yang tahu tapi berapa ramai yang sanggup amalkan? heh! Takpe saya faham kesulitan anda semua tetapi bak kata orang lama ”sharing is caring but the power of determination is up to oneself”’. 

Hari ini saya mahu berkongsi beberapa petua yang agak berkesan bagi mereka yang comel. Bagi yang dah mempunyai badan cantik, sila jangan baca. heh! Tips pertama untuk kuruskan badan adalah anda perlu tahu cara untuk mengurangkan kalori yang mengemukkan badan anda. ahaha.

* Sediakan senarai makanan anda setiap hari dengan jumlah kalori sekali.
* Sebelum makan, haruslah minum terlebih dahulu supaya anda tak makan dengan banyaknya. ahaha.
* Lebihkan sup daripada nasi kerana kalori dalam sup lebih rendah.
* Kurangkan atau elakkan terus minuman berkalori seperti soda atau teh manis
* Banyakkan makan sayur-sayuran semasa makan tengahari.




Tips kedua kuruskan badan; Sediakan jampi serapah a.k.a motivasi supaya anda setia dengan apa yang anda sedang lakukan.

"Saya tahu saya sangat cantik apabila saya kurus”. heh! Tak salah bagi anda untuk memuji diri sendiri dan bagi saya, pujian merupakan pembakar semangat untuk berusaha lebih keras.  ahaha. ‘alahai, justin bieber mesti akan terpikat kalau perut saya tidak terboroi kehadapan”. Fikir-fikirkan lah yer!

Tips ketiga kuruskan badan; Exercise bersama Orang Tersayang

Nampak agak pelik bukan tetapi pernah tak anda ternampak apabila berjogging petang pastinya ada sepasang suami isteri yang berlari bersama – sama?Sebenarnya berjogging berdua lebih cepat membakar lemak kerana ”apabila bersama insan tersayang, kadang-kadang masa yang berlalu terasa baru sekejap”. Lelaki terutamanya apabila melakukan sesuatu perlu ada penggerak utama baru kerja akan berjalan dengan cepat.


Petua Cantik : Cara Dulu :)


* Untuk menegangkan kulit muka, hanya menggunakan putih telur yang di sapu di muka. Cara ini umpama masker.

* Mencapai berat badan yang ideal, ambil air daripada campuran dua biji lobak merah dan sebiji timun. Letak bersama perahan sebiji limau nipis. Minum dua kali sehari.

* Bagi menegangkan payu dara, amalkan meminum air didihan nasi sebelum tidur.

* Untuk menghaluskan kulit, amalkan minum air perahan epal, tomato dan oren setiap hari.

* Serbuk beras pulut atau beras pulut hitam amat sesuai untuk menanggalkan sel kulit mati dan mengurangkan parut, selain memutihkan kulit wajah dan badan.

* Selain itu, lendir daun bunga raya dan lidah buaya sesuai disapu di kulit kepala untuk menyejukkan dan mengelakkan rambut gugur.

* Mandi bunga, amalan yang sering digunakan oleh wanita. Ia boleh menyegarkan dan merehatkan badan. Hanya gunakan tujuh jenis bunga seperti bunga melati,mawar,melor,tanjung, cempaka dan lain-lain. Letakkan limau nipis untuk menambahkan keharuman.

* Ambil kunyit sebesar ibu jari, tumbuk dan ambil air perahan. Sapukan ke seluruh muka. Lakukan tiga kali seminggu, dua bulan sebelum berkahwin. Ini untuk menaikkan seri wajah.

* Bagi wanita yang ingin mendapatkan rambut yang berkilat dan tidak mudah beruban, gunakan minyak kelapa yang dimasak dengan daun kermak. Lumurkan pada rambut semalaman.

* Kejelitaan wanita juga boleh dikekalkan dengan mengamalkan makanan berulam. Daun cekur, ulam raja, daun selom, peria dan sebagainya adalah ulaman yang boleh dijadikan santapan harian.

Wednesday, 8 June 2011

8 Perkara Usah Diungkap Kepada Suami :)


Rasa Tidak Suka Pada Ahli Keluarganya~

Tak semua  insan yang ada di sekeliling serasi dengan diri kita. Adakalanya entah kenapa wujud perasaan tidak suka pada mereka walaupun hakikatnya mereka tiada berbuat salah. Boleh jadi juga perasaan itu timbul dalam kalangan keluarga suami sendiri contohnya terhadap adik atau ipar-duai. Namun walau anda tidak berapa berkenan sikap sebilangan ahli keluarga suami apatah lagi ibu mertua sendiri, jangan sesekali menyatakannya kepada suami. Pendam saja dalam hati. Bimbang suami akan berasa tertekan untuk memilih antara anda dan ibunya. Atau hubungan anda suami isteri akan menjadi kacau kerana perkara ini.

Kenangan Bersama Bekas Kekasih~
Menceritakan kenangan romantis bersama bekas kekasih boleh membuat suami merasa bahawa anda belum mencintainya sepenuh hati anda. Satu perkara lagi meskipun anda memang teringat akan bekas kekasih tetapi jangan pernah mengungkapkannya kepada suami. Sudah tentu anda akan merasa cemburu atau tidak ingin mendengar sekiranya suami menceritakan tentang bekas kekasihnya, maka perasaan yang sama turut dirasai oleh suami sekiranya anda berbuat demikian.
Masalah Keluarga~
Tak perlu ringan mulut bercerita semua perkara ini kepada suami. Bimbang ia akan menimbulkan pandangan serong atau imej yang buruk terhadap keluarga anda di mata suami. Melainkan anda berpendapat bahawa suami boleh membantu anda menyelesaikan masalah tersebut.
Wang Simpanan~
Ada sesetengah wanita memberi pandangan yang berbeza dalam hal ini. Perkara yang melibatkan kewangan haruslah dibincangkan secara terbuka tanpa ada rahsia. Tapi ramai juga wanita yang berpendapat kewangan adalah urusan peribadi apatah lagi jika ia berkait dengan wang simpanan. Ia adalah tabungan masa depan kerana anda tidak tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan.

Sifat Buruk~
Perkara-perkara buruk seperti malas mandi, memakai baju berulang kali tanpa dibasuh, membuang angin sesuka hati dan sebagainya sebaiknya tidaklah dibuat di hadapan suami. Semua perkara buruk yang bersangkutan dengan tidak senonoh atau pengotor yang anda tunjukkan akan membuatkan pasangan "mati rasa " kepada anda. Sebaiknya segala keburukan ini anda kikis terus daripada diri.

Kos Perbelanjaan Peribadi~
Sebahagian suami tidak setuju dengan rawatan peribadi yang menurut mereka menyakiti tubuh seperti rawatan pelangsingan dan wajah di spa yang anda lakukan. Padahal, bagi kaum wanita ia adalah satu keperluan dan wajar sekali dilakukan. Meskipun anda menggunakan wang anda sendiri tapi ada yang tetap tidak dapat menerima hakikat itu. Jadi, daripada anda bertegang lehee atau bergaduh baik anda hapuskan saja bukti-bukti seperti resit-resit spa yang mungkin besar jumlahnya.

Kata Laluan~
Kata laluan untuk email, akaun Facebook dan sebagainya mungkin tidak kisah untuk dikongsi dengan suami anda tapi anda tidak digalakkan berkongsi kata laluan untuk kad bank atau laman web bank. Malah, pihak bank juga menasihatkan perkara yang sama.

Rahsia Teman~
Kadang-kadang kerana sudah tiada cerita hendak dibualkan dengan suami anda sanggup  mendedahkan rahsia teman kepada suami. Memanglah seronok bergosip tapi terfikirkah anda bahawa teman anda itu mengharapkan anda untuk menjaga rahsianya? Oleh itu fikirlah perkara lain yang lebih berfaedah untuk dibualkan dengan suami. Mungkin perancangan masa depan anda dan perancangan pendidikan anak-anak.


Tuesday, 7 June 2011

Panduan Untuk Menjadi Menantu Yang Baik







1) Anggaplah ibu mertua seperti ibu sendiri. Dengan ini kita tidak akan kecil hati apabila dimarah, atau ditegur. Tatkala ditegur atau dimarahi, kita kena fikir bahawa semua itu hanya sebab mereka sayangkan kita, dan demi kebaikan rumah tangga kita.

2) Sebagai menantu, kita haruslah mengalah. Memang benar, mertua bukan sentiasa betul, tetapi kita ambillah masa untuk memahaminya. Janganlah terus membangkang apabila tidak bersetuju dengan mertua. Bertolak ansur itu merupakan sifat yang penting dalam kehidupan.

3) Elakkan konflik dengan mertua kerana akhirnya akan melibatkan suami. Teruklah apabila suami terpaksa memilih untuk berpihak sama ada ibu sendiri atau isteri. Hal ini berlaku kerana, di sebelah ibu dan sebelah lagi adalah isteri.. Kedua-duanya sangat penting bagi suami seperti 'ditelan mati emak, diluah mati bapak'.








4) Hiburkanlah hati mereka dengan memberi hadiah. Hadiah yang diberi tidak perlu terlalu mahal, walaupun hanya lauk-pauk yang telah dimasak. Apabila berkunjung ke rumah mertua, bawalah buah tangan sebagai tanda kita mengingati mereka.

5) Jangan laporkan perkara yang tidak baik tentang suami kepada ibu mertua. Selalunya, tiada ibu yang tidak kenal akan anaknya sendiri. Kadang-kala, mertua sendiri akan datang pada kita dan memberitahu perangai anaknya sendiri. Jadi, hal-hal rumahtangga seelok-eloknya perlulah disembunyikan, melainkan sampai di satu tahap yang sangat teruk, bolehlah meminta nasihat daripada mertua.

6) Hantarkan gelombang positif. Sebagai menantu, kita perlulah bersangka baik dan sayang pada mentua. Hal ini berlaku kerana mereka juga seperti ibu bapa kita sendiri dan janganlah berburuk sangka pada mertua.

7) Berbaik-baiklah dengan semua ipar-duai. Janganlah menikam belakang atau memburuk-burukkan ipar duai, dan jangan sekali-kali campur tangan masalah rumah tangga adik-beradik kita dengan menjadi batu api dan sebagainya.

8) Setiap hari, jangan lupa untuk mendoakan mertua dengan bersungguh-sungguh. Doakan kesejahteraan, kesihatan, kesenangannya, ringankan bebanannya dan lain-lain. Berilah khidmat seperti memasak, dan beri pertolongan kepada mertua dengan perkara-perkara yang mampu kita lakukan. Buatlah dengan seikhlas hati.

9) Jadilah menantu yang soleh atau solehah. Beriman, boleh diharapkan, pandai menjaga rumahtangga, pandai mengambil hati, penuh kasih sayang dan sebagainya. Ingatlah bahawa "Redha Allah S.W.T pada seseorang anak bergantung kepada redha ibu bapa anak tersebut "..

Monday, 6 June 2011

Biar Berjauhan


Biar menjauh dari menghampiri
Agar tak terulang kelukaan hati
Biarlah putus tak bersambung lagi
Andai diingati sedih pun kembali

Tak perlu berkirim salam
Tak perlu bertanya khabar
Tak perlu mengambil hati
Memujuk hati ini
Dan bila ku berhadapan
Teringat kenangan silam
Yang menghiris perasaan
Lama terpendam

Rasanya sudah terlewat
Untuk ku terima tiap kekesalan
Walau pelbagai caramu
Tapi ternyatalah sia-sia saja

Biarlah aku dengan caraku
Selama ini tidak kau peduli
Sedari dulu tidak sedikitpun
Aku terima kasih dan sayangmu..




8P - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga

1) PUJI ~ setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2) PELUK ~ pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3) PENGHARGAAN ~ amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4) PERHATIAN ~ mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5) PERSEFAHAMAN ~ sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6) PERGAULAN ~ pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7) PERCUTIAN ~ seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8) PERMOHONAN ~ doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.