CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday 7 June 2011

Panduan Untuk Menjadi Menantu Yang Baik







1) Anggaplah ibu mertua seperti ibu sendiri. Dengan ini kita tidak akan kecil hati apabila dimarah, atau ditegur. Tatkala ditegur atau dimarahi, kita kena fikir bahawa semua itu hanya sebab mereka sayangkan kita, dan demi kebaikan rumah tangga kita.

2) Sebagai menantu, kita haruslah mengalah. Memang benar, mertua bukan sentiasa betul, tetapi kita ambillah masa untuk memahaminya. Janganlah terus membangkang apabila tidak bersetuju dengan mertua. Bertolak ansur itu merupakan sifat yang penting dalam kehidupan.

3) Elakkan konflik dengan mertua kerana akhirnya akan melibatkan suami. Teruklah apabila suami terpaksa memilih untuk berpihak sama ada ibu sendiri atau isteri. Hal ini berlaku kerana, di sebelah ibu dan sebelah lagi adalah isteri.. Kedua-duanya sangat penting bagi suami seperti 'ditelan mati emak, diluah mati bapak'.








4) Hiburkanlah hati mereka dengan memberi hadiah. Hadiah yang diberi tidak perlu terlalu mahal, walaupun hanya lauk-pauk yang telah dimasak. Apabila berkunjung ke rumah mertua, bawalah buah tangan sebagai tanda kita mengingati mereka.

5) Jangan laporkan perkara yang tidak baik tentang suami kepada ibu mertua. Selalunya, tiada ibu yang tidak kenal akan anaknya sendiri. Kadang-kala, mertua sendiri akan datang pada kita dan memberitahu perangai anaknya sendiri. Jadi, hal-hal rumahtangga seelok-eloknya perlulah disembunyikan, melainkan sampai di satu tahap yang sangat teruk, bolehlah meminta nasihat daripada mertua.

6) Hantarkan gelombang positif. Sebagai menantu, kita perlulah bersangka baik dan sayang pada mentua. Hal ini berlaku kerana mereka juga seperti ibu bapa kita sendiri dan janganlah berburuk sangka pada mertua.

7) Berbaik-baiklah dengan semua ipar-duai. Janganlah menikam belakang atau memburuk-burukkan ipar duai, dan jangan sekali-kali campur tangan masalah rumah tangga adik-beradik kita dengan menjadi batu api dan sebagainya.

8) Setiap hari, jangan lupa untuk mendoakan mertua dengan bersungguh-sungguh. Doakan kesejahteraan, kesihatan, kesenangannya, ringankan bebanannya dan lain-lain. Berilah khidmat seperti memasak, dan beri pertolongan kepada mertua dengan perkara-perkara yang mampu kita lakukan. Buatlah dengan seikhlas hati.

9) Jadilah menantu yang soleh atau solehah. Beriman, boleh diharapkan, pandai menjaga rumahtangga, pandai mengambil hati, penuh kasih sayang dan sebagainya. Ingatlah bahawa "Redha Allah S.W.T pada seseorang anak bergantung kepada redha ibu bapa anak tersebut "..

0 surat layang: