CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 8 June 2011

8 Perkara Usah Diungkap Kepada Suami :)


Rasa Tidak Suka Pada Ahli Keluarganya~

Tak semua  insan yang ada di sekeliling serasi dengan diri kita. Adakalanya entah kenapa wujud perasaan tidak suka pada mereka walaupun hakikatnya mereka tiada berbuat salah. Boleh jadi juga perasaan itu timbul dalam kalangan keluarga suami sendiri contohnya terhadap adik atau ipar-duai. Namun walau anda tidak berapa berkenan sikap sebilangan ahli keluarga suami apatah lagi ibu mertua sendiri, jangan sesekali menyatakannya kepada suami. Pendam saja dalam hati. Bimbang suami akan berasa tertekan untuk memilih antara anda dan ibunya. Atau hubungan anda suami isteri akan menjadi kacau kerana perkara ini.

Kenangan Bersama Bekas Kekasih~
Menceritakan kenangan romantis bersama bekas kekasih boleh membuat suami merasa bahawa anda belum mencintainya sepenuh hati anda. Satu perkara lagi meskipun anda memang teringat akan bekas kekasih tetapi jangan pernah mengungkapkannya kepada suami. Sudah tentu anda akan merasa cemburu atau tidak ingin mendengar sekiranya suami menceritakan tentang bekas kekasihnya, maka perasaan yang sama turut dirasai oleh suami sekiranya anda berbuat demikian.
Masalah Keluarga~
Tak perlu ringan mulut bercerita semua perkara ini kepada suami. Bimbang ia akan menimbulkan pandangan serong atau imej yang buruk terhadap keluarga anda di mata suami. Melainkan anda berpendapat bahawa suami boleh membantu anda menyelesaikan masalah tersebut.
Wang Simpanan~
Ada sesetengah wanita memberi pandangan yang berbeza dalam hal ini. Perkara yang melibatkan kewangan haruslah dibincangkan secara terbuka tanpa ada rahsia. Tapi ramai juga wanita yang berpendapat kewangan adalah urusan peribadi apatah lagi jika ia berkait dengan wang simpanan. Ia adalah tabungan masa depan kerana anda tidak tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan.

Sifat Buruk~
Perkara-perkara buruk seperti malas mandi, memakai baju berulang kali tanpa dibasuh, membuang angin sesuka hati dan sebagainya sebaiknya tidaklah dibuat di hadapan suami. Semua perkara buruk yang bersangkutan dengan tidak senonoh atau pengotor yang anda tunjukkan akan membuatkan pasangan "mati rasa " kepada anda. Sebaiknya segala keburukan ini anda kikis terus daripada diri.

Kos Perbelanjaan Peribadi~
Sebahagian suami tidak setuju dengan rawatan peribadi yang menurut mereka menyakiti tubuh seperti rawatan pelangsingan dan wajah di spa yang anda lakukan. Padahal, bagi kaum wanita ia adalah satu keperluan dan wajar sekali dilakukan. Meskipun anda menggunakan wang anda sendiri tapi ada yang tetap tidak dapat menerima hakikat itu. Jadi, daripada anda bertegang lehee atau bergaduh baik anda hapuskan saja bukti-bukti seperti resit-resit spa yang mungkin besar jumlahnya.

Kata Laluan~
Kata laluan untuk email, akaun Facebook dan sebagainya mungkin tidak kisah untuk dikongsi dengan suami anda tapi anda tidak digalakkan berkongsi kata laluan untuk kad bank atau laman web bank. Malah, pihak bank juga menasihatkan perkara yang sama.

Rahsia Teman~
Kadang-kadang kerana sudah tiada cerita hendak dibualkan dengan suami anda sanggup  mendedahkan rahsia teman kepada suami. Memanglah seronok bergosip tapi terfikirkah anda bahawa teman anda itu mengharapkan anda untuk menjaga rahsianya? Oleh itu fikirlah perkara lain yang lebih berfaedah untuk dibualkan dengan suami. Mungkin perancangan masa depan anda dan perancangan pendidikan anak-anak.


0 surat layang: